Weblog Husam Musa I Writing

Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, pernah menjadi Anggota Parlimen Kubang Kerian dan kini adalah ADUN Kijang, Kelantan.


« Home

Artikel

Belum ada yg dimasukkan

2 Responses to “Artikel”

  1. # Blogger mohd faris muhammed

    Membangunkan taraf sosio-ekonomi melalui modal rohaniah @ "intelligence capital":-

    Pengasas gerakan Zionis antarabangsa, Theodor Herzl ada mengatakan, ketika beliau berseorang diri mula memikirkan dan mencorakkan ideal beliau tentang sebuah negara untuk bangsa Israel, "If you will it, it is not a tale".

    Pada ketika beliau mula mencorakkan, memikirkan, dan mengutarakan ideal itu, tiada sebarang sokongan yang beliau miliki melainkan ideal sahaja. 100 tahun kemudian, setelah ideal negara Israel beliau menjadi realiti, maka jelas benarlah kata-kata beliau itu. Itulah intipati apa yang saya namakan sebagai modal rohaniah @ "intelligence capital".

    Taraf sosio-ekonomi rakyat Kelantan mesti dipacu oleh rakyat Kelantan sendiri dengan modal rohaniah @ "intelligence capital" yang dikurniakan Allah.

    Permulaannya mesti diperingkat atas. Pemimpin mesti dengan ikhlas berusaha menggarap modal rohaniah @ "intelligence capital" memajukan Kelantan dari segenap segi - samada sudut infrastruktur fizikal atau pembangunan rohaniah. Yang diperlukan hanyalah ideal yang tinggi dan maju tentang taraf sosio-ekonomi yang dikehendaki, dan ideal ini mesti disokong oleh tekad diri yang tinggi untuk mencapainya. Seperti kata Theodor Herzl, "If you will it, it is not a tale".

    Adalah tidak mustahil untuk rakyat Kelantan menikmati taraf kedudukan sosio-ekonomi yang tinggi - malah mungkin juga lebih tinggi dari taraf sosio-ekonomi penduduk luar Kelantan - jika modal rohaniah @ "intelligence capital" diri digarap dengan sepenuhnya.

    Kerajaan negeri mesti dan boleh memainkan peranan memangkin tekad dan azam ke arah itu. Yang terpenting ialah mengubah sepenuhnya corak dan gaya pemikiran rakyat Kelantan seluruhnya, dan menyedarkan diri mereka tentang tanggungjawab diri untuk maju yang sebenarnya terletak sepenuhnya di atas bahu mereka sendiri, menggunakan modal rohaniah @ "intelligence capital" yang dimiliki.

    Jika konsep pembangunan ekonomi berteraskan modal rohaniah @ "intelligence capital" ini berjaya dibuktikan di Kelantan, maka Kelantan boleh menjadi negeri contoh tentang konsep pembangunan berteraskan modal insan. Apa tidaknya, dengan sumber modal kerajaan negeri yang sedikit, tetapi rakyat masih tetap dapat hidup senang dan makmur, tentulah ianya terhasil dari usaha rakyat sendiri menggarap modal rohaniah @ "intelligence capital" diri mereka sendiri!

    Polisi untuk menggalakkan rakyat Kelantan berdikari dan tidak bergantung kepada "tongkat" hanya sia-sia tanpa rakyat Kelantan sendiri menyedari aset besar kurniaan Tuhan, iaitulah modal rohaniah @ "intelligence capital".


    Konsep "intelligence capital" ini sama sekali tidak bertentangan dengan prinsip agama kerana Rasulullah sendiri pernah bersabda, "Agama itu akal, dan akal itu agama".

    Perancangan ekonomi dari peringkat kepemimpinan untuk membangunkan infrastruktur itu penting, tetapi yang memacu ekonomi negeri sebenarnya ialah rakyat sendiri, melalui modal rohaniah @ "intelligence capital" diri mereka sendiri. Buktinya, betapa ramai penduduk luar bandar yang merempat, sedangkan infrastruktur luar bandar amat maju melalui pelaburan besar kerajaan?

    Satu usaha yang ingin saya puji yang diambil oleh kerajaan Kelantan ialah mendirikan Kolej Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing di Machang. Semoga usaha ini dapat menghasilkan masyarakat belia Kelantan yang berfikiran tinggi dan mempunyai ideal yang maju. Usaha-usaha untuk menggarap "intelligence capital" buat memacu ekonomi negeri dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Kelantan mesti ditingkatkan melalui suatu pelan dasar yang dibangunkan dan dilaksanakan dengan sistematik dan bersungguh-sungguh lagi ikhlas oleh pemimpin berdasarkan konsep/ideal 'Pembangunan ekonomi negeri dan peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat atas asas modal rohaniah @ "intelligence capital"'.

    Sekian,

    Mohd Faris Bin Muhammed
    Kuala Lumpur.  

  2. # Blogger tolong kami

    aku sokong taju ni..memang pembangunan hambat orang melayu..

    'Orang Melayu (Malaysia) tidak akan dapat dihambat dengan muncung senapang, tetapi dihambat melalui projak-projek pembangunan terhimpit tersepit hingga kebukit... '

    bukn setakat di singapura di kota bharu pun orang mealyu makin terhimpit...bayangkan duit berjuta-juta di laburkan untuk buat dataran tapi lani hancur di musnahkan jentolak..apakah ini harga sebuah pembangunan yg dicanangkan..atau pun sememangnya orang melayu sdanggup menerima kemajuan dalam sedemikian rupa..

    nak buat dataran satu hal..lepas tu bila dah di cantik kan, bila sudah di indahkan ..hari ni mudah-mudah mpkb nak robohkan dataran mpkb dan dataran pasar siti khadijah.. berjuta-juta duit rakyat di laburkan unutk buat datan tu hri dgn senang hati mpkb kata nak robohkan pula...mudoh sungguh mpkb buat kerja..mpkb- lupa gamaknya duit yg dia buat dataran tu dtg dari rakyat...kemudahan yg di buat adalah untuk rakyat..tapi rupa nya macam, retorik saja...duk kata tengganu membazir buat masjid kristal...mpkb jgk membazir buat replika masjid kecil-kecil nak sembahyang pun tak boleh....

    tolonglah mpkb...MINTAK JGN ROBOHKAN DATARaN SITI KHADIJAH.... orang melayu dah byk berkorban untuk pembangunan...dulu ramai penuiaga makanan kat dataran mpkb, tapim kerana mpkb nk buat parkson maka orang mealyu kena pindah jual kat di belakang flet

    lepas ni mungkin peniaga atas pasar mpkb plak yg kena pindah..jgk sebab pembangunan...kalau orang india, nk buat bagunanan mereka tak setuju. pemimpin buleh berunding..tapi bila melayu...pemimpin tak buat rundungan pun dgn kami....lepas ni mana kami pindah utk berniaga?? datarn siti khadijah tu la temapt kami rezeki....semua nya orang melayu...semuanya beragama islam...tapi kami kena halau dari bandar kami sendiri..kami nak sewa kedai kami tak mampu....  

Post a Comment


Web